Thursday 09th of September 2010
VISION Vulnerable communities are self-reliant & empowered to exercise their individual and collective rights MISSION Enhancing self-awareness & equipping living skills among vulnerable communities to become self-reliant and empowered; for them to be able to take charge of their lives
|
|
|
|
Syarat Am Permohonan ke IPTA Lepasan SPM & STPM |
|
|
|
|
Written by DHRRA
|
|
Thursday, 11 March 2010 18:25 |
|
Pemohon wajib memenuhi Syarat Am dan Syarat Khas program pengajian.
Lepasan SPM/Setaraf
Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut :-
   * Warganegara Malaysia dan    * Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu.
Program berikut adalah dikhaskan untuk Bumiputera sahaja:
   * Semua program Asasi di UIAM;    * Semua program Asasi Sains di UM; dan    * Semua program pengajian di UiTM;
Lepasan STPM/Setaraf
Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah seperti berikut :-
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) / Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Kepujian Bahasa Melayu Kertas Julai.
dan
Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2008 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya :
   * Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am.                                      dan    * Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain.
                                     atau
Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2008 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00.
                                    atau
Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2008, 2007 atau 2006 dengan mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid.
                                     atau
Memiliki kelulusan Diploma/Setaraf atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA;
                                    atau
Lulus peperiksaan STPM Tahun 2007 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am atau Matrikulasi Tahun 2007 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 Â
                                    dan Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET). |
Copyright © 2008, All Rights Reserved .
Development of Human Resources in Rural Areas No 1, Lorong 22/44A, Seksyen 22, 46300, Petaling Jaya, Malaysia