logo

Tuesday 07th of September 2010

Home DHRRA In News 2010 Jemputan ke Sesi Rundingan Umum SUHAKAM 2007 & 2008 anjuran ERA Consumer Malaysia - 14hb Mac 2010
Jemputan ke Sesi Rundingan Umum SUHAKAM 2007 & 2008 anjuran ERA Consumer Malaysia - 14hb Mac 2010 PDF Print E-mail
Written by DHRRA   
Tuesday, 09 March 2010 10:18

ERA Consumer Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pengguna-pengguna Pahang serta disokong oleh Kedutaan Finland dengan ini berbesar hati menjemput tuan/puan ke sesi Rundingan Umum Kebangsaan SUHAKAM 2007 dan 2008. Sesi kali ini bertemakan "SUHAKAM Selepas 8 Tahun: Hanya Bicara, Tiada Tindakan" dan SUHAKAM Selepas 9 Tahun: Masanya untuk SUHAKAM mendapatkan Kembali Kepercayaan Rakyat"

Butiran program adalah seperti berikut;

        Tarikh           : 14 Mac 2010 (AHAD)
        Masa             : 9pg - 1 ptg
        Tempat         : Hotel Grand Continental, Kuantan, Pahang.
 

Sesi ini bertujuan bagi membentangkan ulasan terhadap laporan-laporan tahunan ini serta memberikan peluang kepada pihak-pihak berkepentingan memberikan pandangan terhadap peranan dan prestasi SUHAKAM dalam menangani isu-isu hak asasi manusia yang berbangkit serta akauntabiliti SUHAKAM dalam membela hak –hak ini sepanjang tempoh tersebut.


Kami mengalu-alukan wakil dari setiap organisasi/firma/agensi dan tiada sebarang yuran dikenakan. Penyertaan pihak tuan/puan amatlah penting bagi kejayaan program ini mencapai objektifnya.Untuk maklumat lanjut atau mengesahkan kehadiran sila hubungi Cik Azwa Abd Rahman di +603–7876 4648 atau +603 7877 4741 atau emel ke This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it . 

Last Updated ( Tuesday, 09 March 2010 10:34 )
 

Copyright © 2008, All Rights Reserved . Development of Human Resources in Rural Areas No 1, Lorong 22/44A, Seksyen 22, 46300, Petaling Jaya, Malaysia